Monday, July 6, 2009

Pertandingan Rekacipta Logo Kelab BAC

Sebagai salah satu aktiviti Kelab BAC, Exco Sosial & Kebudayaan, telah melancarkan satu Pertandingan Rekacipta Logo Kelab Bahagian Analisa Cukai (Kelab BAC) pada 30 April 2009. Pertandingan ini berhasrat untuk melahirkan sebuah logo yang berimej korporat serta melambangkan semangat dan identiti kerjasama anggota Kelab BAC dengan objektif kelab sebagai "Manfaat Untuk Semua".

Pada tarikh tutup penyertaan pada 22 Mei 2009, Exco Sosial & Kebudayaan telah menerima penyertaan sebanyak 33 Rekacipta logo untuk dipertandingkan. Pada 10 Jun 2009, Jawatankuasa yang terdiri daripada Timbalan Presiden Kelab BAC, Ketua Exco Sosial & Kebudayaan dan Ketua Exco Sukan & Rekreasi telah memilih 4 Rekacipta sebagai Rekacipta finalis. Pemilihan ini turut dihadiri juruaudit dalaman Kelab BAC, iaitu Cik Afiza Muhammad.
Pada 3 Julai 2009, Rekacipta finalis tersebut telah dinilai oleh Penaung Kelab BAC, YBhg. Datuk Aziyah Bahauddin, Timbalan Kanan SBC (Dasar) Puan Siti Halimah Ismail, dan Presiden Kelab BAC. Penilaian telah sebulat suara memilih Logo Rekacipta En. Ahmad Faizal Bin Zainuddin sebagai pemenang pertandingan Logo Kelab BAC. Tahniah diucapkan!

1 comment: